Monday 16 June 2014

Panduan Penulisan Akibat

Rangka Penulisan Karangan (Kesan/akibat/implikasi)
(Tajuk karangan : Kesan yang timbul akibat gejala pembuangan bayi)
Tema : Pembuangan Bayi
Kehendak soalan : Kesan / akibat / implikasi pembuangan bayi.
Perenggan Pendahuluan :
Ayat 1 -Kita sering membaca di dada-dada akhbar tentang …….(tema karangan)……. @ Kita sering menonton di kaca televisyen isu tentang …(tema karangan)….
Ayat 2 – Dalam konteks ini, ……… (huraian tema karangan)……… @ Dalam hal ini …..(huraian tema karangan)…..
Ayat 3 – Sebagai contoh, ….(tema karangan)……
Ayat 4 -  Oleh itu,memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa terdapat pelbagai kesan yang timbul akibat daripada berlakunya….(kehendak soalan)….
Contoh perenggan pendahuluan : 
            Kita sering membaca di dada-dada akhbar tentang kes-kes pembuangan bayi  yang semakin meningkat di Malaysia. Dalam konteks ini, kebanyakan kes pembuangan bayi berlaku kerana mereka melakukan penzinaan. Sebagai contoh, pasangan yang melahirkan anak luar nikah akan membuang  bayi yang baru dilahirkan itu  di kawasan longgokan sampah, longkang, persekitaran masjid dan sebagainya. Oleh itu,memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa terdapat pelbagai kesan yang timbul akibat daripada berlakunya gelaja pembuangan bayi dalam negara kita. (70pp)
Isi-isi penting
Perenggan Isi pertama :
Ayat 1 -  Sebagaimana yang kita ketahui,kesan yang timbul akibat daripada … (tema karangan )…. ialah ….(isi 1)……
Ayat 2 – Hal ini terjadi disebabkan …..( huraian isi 1)…….
Ayat 3 – Sebagai misalannya,
Ayat 4 – Natijahnya,…..(tema karangan)….
Contoh  perenggan isi pertama
            Sebagaimana yang kita ketahui, kesan yang timbul akibat daripaada gejala pembuangan bayi ialah mencemarkan maruah diri dan keluarga. Hal ini terjadi disebabkan mereka tidak  pernah memikirkan kesan yang akan timbul apabila mereka melakukan perbuatan terkutuk. Sebagai misalannya, apabila mengandung dan melahirkan anak luar nikah, ibu bapalah yang akan menanggung malu dan keaiban yang dilakukan oleh seseorang anak. Natijahnya, bukan pasangan itu sahaja yang tercemar maruah malah keluarga turut terkena tempiasnya.  (70 pp)
Perenggan Isi kedua:
Ayat 1 –Selain,…(isi 1)…, kesan….(isi 2)…… juga merupakan implikasi daripada gejala…(kehendak soalan)……
Ayat 2 -Hal ini berpunca daripada …..( huraian isi 2)…….
Ayat 3 – Sebagai contoh,,……
Ayat 4 – Akibatnya,….
Contoh  perenggan isi kedua
Selain mencemarkam maruah diri dan keluarga,  masyarakat memandang serong kepada golongan remaja juga merupakan implikasi daripada gejala pembuangan bayi. Hal ini berpunca daripada segelintir remaja yang melakukan kesalahan, semua remaja lain terkena tempiasnya dan dipandang serong oleh masyarakat. Sebagai contoh, masyarakat sukar untuk mempercayai remaja lagi. Akibatnya, masyarakat mengambil sikap lepas tangan. (55 pp)
Perenggan Isi ketiga:
Ayat 1 -  Kesan….(isi 3)……juga merupakan impak daripada gejala …(kehendak soalan)…….
Ayat 2 – Timbulnya perkara ini / gejala ini kerana …..( huraian isi 3)…….
Ayat 3 – Tamsilnya,……
Ayat 4 – Oleh itu,……
Contoh  perenggan isi ketiga
            Kesan peningkatan kadar jenayah juga merupakan impak daripada gejala pembuangan bayi di negari ini. Timbulnya perkara ini kerana ramai pasangan remaja yang melakukan perkara ini mengambil jalan singkat dan tidak mahu bertanggungjawab terhadap anak yang dilahirkan. Tamsilnya mereka akan membuang anak yang baru dilahirkan itu di merata-rata tempat ataupun menanam bayi itu hidup-hidup tanpa sifat perikemanusiaan. Oleh itu, kita dapat melihat ,  berita tentang isu pembuangan bayi yang tiada kesudahannya. (70pp)
Perenggan Isi keempat :
Ayat 1 - Di samping itu, ….(isi 4)……juga merupakan akibat daripada gejala / masalah / perkara…(kehendak soalan)…….
Ayat 2 – Hal timbul  apabila …..( huraian isi 4)…….
Ayat 3 – Maka,……
Contoh  perenggan isi keempat

            Di samping itu, mempengaruhi pasangan lain untuk membuang bayi mereka juga merupakan akibat daripada gejala pembuangan bayi yang sering dilapor dan disiarkankan dalam media massa. Hal ini timbul apabila, banyak kes pembuangan bayi yang disiarkan dalam media massa, menjadi petunjuk kepada remaja lain untuk membuang anak luar nikah yang tidak berdosa itu.  Maka, banyaklah bayi-bayi yang tidak berdosa menjadi mangsa kerakusan syaitan yang bertopengkan manusia. (65pp)
Perenggan Penutup
Ayat 1 - Intihanya, …(tema karangan) …..
Ayat2–Oleh itu diharapkan semua pihak berganding bahu dalam menyelesaikan isu …(tema karangan)….
Ayat 3 – Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang sistematik harus diambil bagi membendung …. (tema karangan) …. daripada terus menjadi barah dalam masyarakat.
Contoh perenggan penutup
            Intihanya, isu  pembuangan bayi masih lagi membimbangkan pelbagai pihak. Oleh itu, diharapkan semua pihak berganding bahu dalam menyelesaikan isu ini. Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang sistematik harus diambil oleh semua pihak bagi membendung gejala  pembuangan bayi daripada terus menjadi barah dalam masyarakat. (50pp)


Jumlah perkataan : 380 patah.

No comments:

Post a Comment