Monday 16 June 2014

Teknik Penulisan Karangan Punca / Faktor / Sebab

Rangka Penulisan Karangan (Faktor / Punca /Sebab)
(Tajuk karangan : Punca yang menyebabkan pembuangan bayi)
Tema : Pembuangan Bayi
Kehendak soalan : Punca / sebab/faktor pembuangan bayi.
Perenggan Pendahuluan :
Ayat 1 -Kita sering membaca di dada-dada akhbar tentang …….(tema karangan)…….
Ayat 2 – Dalam konteks ini, ……… (huraian tema karangan)………
Ayat 3 – Sebagai contoh, ….(tema karangan)……
Ayat 4 -  Oleh itu,memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada berlakunya…….(kehendak soalan)….
Contoh perenggan pendahuluan : 
            Kita sering membaca di dada-dada akhbar tentang kes-kes pembuangan bayi  yang semakin meningkat di Malaysia. Dalam konteks ini, kebanyakan kes pembuangan bayi berlaku kerana mereka melakukan penzinaan. Sebagai contoh, pasangan yang melahirkan anak luar nikah akan membuang  bayi yang baru dilahirkan itu  di kawasan longgokan sampah, longkang, persekitaran masjid dan sebagainya. Oleh itu,memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada berlakunya gejala pembuangan bayi dalam negara kita. (70pp)
Isi-isi penting
Perenggan Isi pertama :
Ayat 1 -  Sebagaimana yang kita maklumi, punca yang menyebabkan berlakunya ….. (kehendak soalan)…. ialah ….(isi 1)……
Ayat 2 – Hal ini terjadi disebabkan …..( huraian isi 1)…….
Ayat 3 – Contoh yang menyebabkan gejala ini berlaku antaranya, …
Contoh  perenggan isi pertama
            Sebagaimana yang kita maklumi, punca yang menyebabkan berlakunya gejala pembuangan bayi ialah sikap individu itu sendiri yang alpa dalam kehidupan. Hal ini terjadi disebabkan mereka tidak mahu bertanggungjawab atas perbuatan terkutuk yang dilakukan oleh mereka. Contoh yang menyebabkan gejala ini berlaku antaranya, pergaulan bebas, tidak mendengar nasihat ibu bapa, lari dari rumah dan seterusnya terjebak dengan masalah sosial. (55 pp)
Perenggan Isi kedua:
Ayat 1 -Selain sikap individu, faktor  ….(isi 2)…… merupakan penyebab berlakunya gejala …(kehendak soalan)…….
Ayat 2 -Hal ini berpunca daripada …..( huraian isi 2)…….
Ayat 3 – Sebagai contoh perkara ini berlaku,……
Contoh  perenggan isi kedua
Selain sikap individu, faktor keruntuhan institusi kekeluargaan juga merupakan penyebab berlakunya gejala pembuangan bayi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Hal ini berpunca daripada ibu bapa yang mengabaikan tanggungjawab mereka dalam membesarkan  anak-anak. Sebagai contoh perkara ini berlaku apabila, ibu bapa tidak memantau pergaulan anak-anak mereka, tidak bertanya tentang pelajaran dan membiarkan anak-anak menguruskan diri sendiri. (55 pp)

Perenggan Isi ketiga:
Ayat 1 -  Faktor  ….(isi 3)……juga menyebabkan berlakunya gejala …(kehendak soalan)…….
Ayat 2 – Perkara ini / Gejala ini berlaku kerana …..( huraian isi 3)…….
Ayat 3 – Tamsilnya,……
Contoh  perenggan isi ketiga
            Faktor media massa juga menyebabkan berlakunya gejala pembuangan bayi di negara ini. Perkara ini berlaku kerana media massa terutamanya media elektronik banyak menyiarkan rancangan yang berunsurkan lucah dan pakaian para pelakon yang seksi yang akan menaikkan nafsu syawat. Tamsilnya, meraka yang tidak dapat mengawal nafsu akan menyebabkan berlakunya penzinaan dan akhirnya terjadilah kes pembuangan bayi di merata-rata tempat. (56pp)
Isi keempat :
Ayat 1 - Di samping itu, faktor….(isi 4)……juga menjadi pemyumbang kepada…(kehendak soalan)…….
Ayat 2 – Hal ini tercetus  apabila …..( huraian isi 4)…….
Ayat 3 – Sebagai misalannya,……
Contoh  perenggan isi keempat
            Di samping itu, faktor kurangnya didikan dan amalan agama juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala pembuangan bayi. Hai ini tercetus apabila mereka meninggalkan suruhan Allah dan melakukan larangan Allah. Sebagai misalannya, mereka meninggalkan solat, derhaka kepada ibu bapa , terlibat dalam maksiat dan penzinaan. Oleh itu, maka akan terjadilah kes pembuangan bayi yang dilakukan tanpa mempunyai perasaan bersalah terhadap anak yang dilahirkan itu. (65pp)
Perenggan Penutup
Ayat 1 - Intihanya, …(tema karangan) …..
Ayat 2 – Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang sistematik harus diambil bagi membendung …. (tema karangan) …. daripada terus menjadi barah dalam masyarakat.
Ayat 3 – Oleh itu diharapkan semua pihak berganding bahu dalam menyelesaikan isu …(tema karangan)….
Contoh perenggan penutup
            Intihanya, gejala pembuangan bayi masih lagi membimbangkan pelbagai pihak. Oleh itu, diharapkan semua pihak berganding bahu dalam menyelesaikan isu ini. Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang sistematik harus diambil oleh semua pihak bagi membendung gejala  pembuangan bayi daripada terus menjadi barah dalam masyarakat. (50pp)

Jumlah perkataan : 351 patah.











Penanda Wacana Teknik Mengarang Esei
Kehendak soalan : Punca / sebab/faktor
Perenggan Pendahuluan :
Ayat 1 -Kita sering membaca di dada-dada akhbar tentang …….(tema karangan)…….
Ayat 2 – Dalam konteks ini, ……… (huraian tema karangan)………
Ayat 3 – Sebagai contoh, ….(tema karangan)……
Ayat 4 -  Oleh itu,memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada berlakunya…….(kehendak soalan)….

Isi-isi penting
Perenggan Isi pertama :
Ayat 1 -  Sebagaimana yang kita maklumi, punca yang menyebabkan berlakunya ….. (kehendak soalan)…. ialah ….(isi 1)……
Ayat 2 – Hal ini terjadi disebabkan …..( huraian isi 1)…….
Ayat 3 – Contoh yang menyebabkan gejala ini berlaku antaranya, …

Perenggan Isi kedua:
Ayat 1 –Selain …(isi 1) , faktor  ….(isi 2)…… merupakan penyebab berlakunya gejala …(kehendak soalan)…….
Ayat 2 -Hal ini berpunca daripada …..( huraian isi 2)…….
Ayat 3 – Sebagai contoh perkara ini berlaku,……

Perenggan Isi ketiga:
Ayat 1 -  Faktor  ….(isi 3)……juga menyebabkan berlakunya gejala …(kehendak soalan)…….
Ayat 2 – Perkara ini / Gejala ini berlaku kerana …..( huraian isi 3)…….
Ayat 3 – Tamsilnya,……

Perenggan Isi keempat :
Ayat 1 - Di samping itu, faktor….(isi 4)……juga menjadi pemyumbang kepada…(kehendak soalan)…….
Ayat 2 – Hal ini tercetus  apabila …..( huraian isi 4)…….
Ayat 3 – Sebagai misalannya,……

Perenggan Penutup
Ayat 1 - Intihanya, …(tema karangan) …..
Ayat 2 Oleh itu diharapkan semua pihak berganding bahu dalam menyelesaikan isu …(tema karangan)….
Ayat 3 – Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang sistematik harus diambil bagi membendung …. (tema karangan) …. daripada terus menjadi barah dalam masyarakat


2 comments: