Showing posts with label Rangka penulisan karangan. Show all posts
Showing posts with label Rangka penulisan karangan. Show all posts

Monday, 16 June 2014

Panduan Teknik Menulis Karangan / Rangka Penulisan Karangan

Panduan Teknik Menulis Karangan / Rangka Penulisan Karangan

1. Teknik Menulis Pengenalan (1 perenggan)
Ayat 1  - Cadangan Penanda Wacana (CPW) +  
               Tema
Ayat 2  - CPW + Huraian Tema
Ayat 3  - CPW + Contoh / Bukti
Ayat 4  - Kesimpulan kecil (CPW + Kehendak    
               soalan)
Ayat 5 - Peribahasa

Perenggan Pendahuluan :
Ayat 1 -  Sejak negara kita menikmati arus kemerdekaan …….(tema karangan)…….
Ayat 2 – Dalam hal ini, …… (huraian tema karangan)………
Ayat 3 – Sebagai contohnya, ….(contoh)……
Ayat 4 -  Pada realitinya memang tidak dapat dinafikan lagi  bahawa, ….(kehendak soalan) ….


2. Teknik Menulis Isi-isi penting
    (3@5 isi – 1 isi 1 perenggan)
Ayat 1  - Cadangan Penanda Wacana (CPW) + Kehendak Soalan
Ayat 2  - CPW + Huraian Kehendak Soalan
Ayat 3  - CPW + Contoh / Bukti
Ayat 4  - Kesimpulan kecil (CPW + Rumusan Kehendak Soalan)
Ayat 5 - Peribahasa

Isi-isi penting:
Perenggan Isi pertama :

Ayat 1 -  Umum mengetahui bahawa .(kehendak soalan)…….(isi 1)……
Ayat 2 – Hal ini berlaku disebabkan….( huraian isi 1)……
Ayat 3 – Sebagai misalannya,….(contoh)……..
Ayat 4 - Bertitik tolak daripada itulah…… (kesimpulan kecil)…….

Perenggan Isi kedua:

Ayat 1 - Sebagaimana yang kita maklumi…….(isi 2)……
Ayat 2 – Pada hemat saya, …..( huraian isi 2)…….
Ayat 3 – Contoh yang boleh diketengahkan ialah,……(contoh)…..
Ayat 4 - Jelaslah bahawa.…...(kesimpulan kecil) …..

Perenggan Isi ketiga:

Ayat 1 -  Selain itu, pada masa ini juga …..(isi 3)…
 Ayat 2 – Gejala/perkara ini berlaku kerana..( huraian isi 3)…
Ayat 3 – Tamsilnya,……(contoh)…….
Ayat 4 – Oleh itu,………(kesimpulan kecil)……


Perenggan Isi keempat :

Ayat 1 - Pada zaman pascakemerdekaan in…..(isi 4)….
Ayat 2 – Bukan itu sahaja   … ..( huraian isi 4)…….
Ayat 3 – Sebagai contohnya,….(contoh)……
Ayat 4Natijahnya,……(kesimpulan kecil)…

Perenggan Isi Kelima :

Ayat 1 -  Dasawarsa ini …..(isi 5)….
Ayat 2 –Dalam konteks ini….(huraian isi 5)….
Ayat 3 –Biar kita ambil contoh …(contoh)…
Ayat 4 -Lantaran itu sehingga kini ….. (kesimpulan kecil)….

3. Teknik Menulis Penutup  (1 perenggan)
Ayat 1  - CPW + rumusan tema dan kehendak 
             soalan
Ayat 2  - Ayat Cadangan dan Harapan anda
Ayat 3 - Peribahasa


Perenggan Penutup

Ayat 1 - Akhirulkalam,dengan keizinan Tuhan yang Maha Esa, kita yakin dan percaya bahawa …(tema karangan) …..
Ayat 2 – Demi merealisasikan visi kudsi wawasan 2020, marilah kita bersama-sama  berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insya-Allah perkara ….(tema karangan)…..
Ayat 3 - Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka   langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan   agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar   umbi.
Ayat 4 - Diharapkan semua pihak, dapat…… dan kerjasama daripada pelbagai lapisan masyarakat………..


Disediakan oleh : Cg Ariza Bt. Aki