Panduan
Teknik Menulis Karangan / Rangka Penulisan Karangan
1. Teknik Menulis Pengenalan (1 perenggan)
Ayat 1 - Cadangan Penanda Wacana (CPW) +
Tema
Ayat 2 - CPW + Huraian Tema
Ayat 3 - CPW + Contoh / Bukti
Ayat 4 - Kesimpulan kecil (CPW + Kehendak
soalan)
Ayat 5 -
Peribahasa
Perenggan
Pendahuluan :
Ayat 1 - Sejak
negara kita menikmati arus kemerdekaan …….(tema karangan)…….
Ayat 2 – Dalam hal ini, …… (huraian tema karangan)………
Ayat 3 – Sebagai
contohnya, ….(contoh)……
Ayat 4 - Pada realitinya memang tidak dapat dinafikan
lagi bahawa, ….(kehendak soalan) ….
2. Teknik Menulis Isi-isi penting
(3@5 isi – 1
isi 1 perenggan)
Ayat 1 - Cadangan Penanda Wacana (CPW) + Kehendak
Soalan
Ayat 2 - CPW + Huraian Kehendak Soalan
Ayat 3 - CPW + Contoh / Bukti
Ayat 4 - Kesimpulan kecil (CPW + Rumusan Kehendak
Soalan)
Ayat 5 -
Peribahasa
Isi-isi penting:
Perenggan Isi
pertama :
Ayat 1 - Umum
mengetahui bahawa .(kehendak
soalan)…….(isi 1)……
Ayat 2 – Hal ini berlaku disebabkan….( huraian isi 1)……
Ayat 3 – Sebagai
misalannya,….(contoh)……..
Ayat 4 - Bertitik
tolak daripada itulah…… (kesimpulan kecil)…….
Perenggan Isi
kedua:
Ayat 1 - Sebagaimana
yang kita maklumi…….(isi 2)……
Ayat 2 – Pada hemat saya, …..( huraian isi 2)…….
Ayat 3 – Contoh
yang boleh diketengahkan ialah,……(contoh)…..
Ayat 4 - Jelaslah
bahawa.…...(kesimpulan kecil) …..
Perenggan Isi
ketiga:
Ayat 1 - Selain itu, pada masa ini juga …..(isi 3)…
Ayat 2 – Gejala/perkara ini berlaku kerana..( huraian
isi 3)…
Ayat 3 – Tamsilnya,……(contoh)…….
Ayat 4 – Oleh
itu,………(kesimpulan kecil)……
Perenggan Isi
keempat :
Ayat 1 - Pada zaman pascakemerdekaan in…..(isi 4)….
Ayat 2 – Bukan
itu sahaja … ..( huraian isi 4)…….
Ayat 3 – Sebagai
contohnya,….(contoh)……
Ayat 4 – Natijahnya,……(kesimpulan
kecil)…
Perenggan Isi
Kelima :
Ayat 1 - Dasawarsa ini …..(isi 5)….
Ayat 2 –Dalam konteks ini….(huraian isi 5)….
Ayat 3 –Biar kita ambil
contoh …(contoh)…
Ayat 4 -Lantaran itu sehingga kini ….. (kesimpulan
kecil)….
3. Teknik Menulis Penutup (1 perenggan)
Ayat 1 - CPW + rumusan tema dan kehendak
soalan
Ayat 2 - Ayat Cadangan dan Harapan anda
Ayat 3 -
Peribahasa
Perenggan
Penutup
Ayat 1 - Akhirulkalam,dengan
keizinan Tuhan yang Maha Esa, kita yakin dan percaya bahawa …(tema karangan)
…..
Ayat 2 – Demi
merealisasikan visi kudsi wawasan 2020, marilah kita bersama-sama berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki,
ke lurah sama dituruni, insya-Allah perkara ….(tema karangan)…..
Ayat 3 - Tiada ubat yang tiada penawarnya,
maka langkah-langkah yang konkrit,
sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke
akar umbi.
Ayat 4 - Diharapkan semua pihak, dapat…… dan kerjasama
daripada pelbagai lapisan masyarakat………..
Disediakan oleh : Cg Ariza Bt. Aki
sangat berguna..terima kasih cikgu
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian
ReplyDeleteTerima kasih cikgu. Ikhlas dari bekas murid cikgu.
ReplyDeletethank sebab berkongsi ilmu pengetahuan dengan orang ramai, semoga cikgu dimurahkan rezeki dan di panjangkan usia...
ReplyDeleteTerima kasih cikgu
ReplyDeleteterima kasih.. saya guna bahan ini untuk diguna pakai oleh anak murid..
ReplyDelete